Monday, May 30, 2011

HAI Orang Penang!

Nak pergi Penang jugak boleh ?
Nak study Penang boleh ?
Tapi UiTM Penang tiada Fakulti Perakaunan. -____-"

Rindu orang Penang :')






SEMESTER TIGA YO!

AC 110 3D kah ini ?

Kelas Isnin 8:30 pagi seperti biasa aku kan ke kelas seorang diri.
Tiba di BK 47 untuk subjek FAR 200 , Pensyarah tidak masuk pulak.
Bukan itu yang aku nak kongsikan.
Tetapi perbezaan dalam kelas aku :/
Err ,,, kelas aku kah ini ?
Ramai orang asing. Bukannya tidak suka tetapi pelik sedikit.
Aku sangka orang orang akan ke kelas masing masing.

Lagi satu, agak tidak selesa lah apabila ada sesuatu yang tidak selesa.
Aku fikir akan ada satu perbezaan sepertimana apa yang melayang dalam akal fikiran aku.
Tetapi tidak. Bukan aku membenci tetapi semuanya tidak seperti sedia kala.
Hanya yang membuka hati dan minda untuk memahami yang akan mampu faham.

Semoga Semester baru ini Memberi aku sesuatu yang dapat aku manfaatkan.
Memberi aku kejayaan yang selama ini aku idam idamkan.
Memberi aku hati untuk mengerti dan menghormati.
Memberi aku kekuatan dan ketabahan dalam apa jua dugaan.

Amin...

Saturday, May 28, 2011

PAKEJ Lengkap

Termasuk dalam golongan Lima Peratus.
Kenapa ? Tak percaya ?
Mungkin aku yang terlebih teruja.
Tetapi, Dua Puluh Lapan haribulan May Dua Kosong Satu Satu 
pasti dalam kenangan :')

Terima kasih daun keladi :)))




Ke-TERUJA-an

Berdebar debar untuk esok 28 May 2011.
Jadi ke tak jadi ni ?
Minta mintalah jadi.
Kalau tak jadi ?
Kalau tak jadi, bawa bertenang. Mungkin lain hari.
Kalau jadi, jangan gabrah. Cuba bersahaja sebaik mungkin.

Lagaklah seperti biasa. Bukannya tidak biasa.
Bukannya pertama kali.

Memanglah bukan pertama kali.
Tetapi untuk yang ini, kali pertama di alam yang nyata.

Kenapa sampai post di sini?
Pelik jugak, kenapa ?

Mudah sahaja jawapannya, Kalau hati dah suka :)))

Friday, May 27, 2011

Kata Lawan

10 Paling Benci
1) Shopping in group
2) Steamboat
3) Sushi
4) Sini Ada Hantu
5) Pappa Rich
6) Old Town
7) World Invassion
8) Tutti Frutti
9) Red Box
10) Dilarang Masuk

Wednesday, May 25, 2011

KECEWA ? Padanlah dengan muka

Salah siapa ? 
Salah sendirilah yang pasti!
Tak perlu nak ungkit apa yang jadi masa tu.
Shada, tetap salah sendiri.

Tuesday, May 24, 2011

Friday, May 20, 2011

"The Acid Man"

Penyangak berkulit hitam yang menghantui rakyat ketika ini terutamanya Kaum Hawa, dengan kerja gila bagai orang tiada akal. Cecair asid jadi mainan. Satu persatu jadi mangsa.

"YA ALLAH, Selamatkanlah kami semua dari hasad dengki dan kekejaman manusia. Sesungguhnya hanya kepadaMu tempat kami berlindung. AMIN."

Satu RINDU (':

4 Budi/5 Budi, 2008/2009

Monday, May 16, 2011

Last Kiss - Taylor Swift

Patah Tumbuh, Hilang Berganti

Enam Belas Haribulan Mei Dua Kosong Satu Satu (':

SEJATI

Terima kasih kerana sentiasa ada saat susah dan senang.

Sewaktu aku amat memerlukan seseorang, dia inilah yang selalu ada. Aku bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang sahabat seperti dia.
Aku tidak akan lupa bagaimana dia melayan karenah aku, cuba memahami apa yang aku alami dan yang paling penting semasa aku hampir hilang kawalan diri, dia mengingatkan aku walaupun berada jauh di Dungun, Terengganu sewaktu itu. Bukan mudah untuk memiliki Teman seperti ini. ALHAMDULILLAH. Terima kasih, Ya Allah.


Nik Furqan Syah

Bila nak jumpa lagi ?
Sebuah Ekspresi :')

Sebuah PENIPUAN

Aku kembali teringat akan engkau.
Engkau dan penipuan. Bila ingat engkau, nampak muka engkau, mesti penipuan benda pertama yang aku ingat.
Abang cakap, kesian aku, bukan perempuan itu.
Kesian aku ? Statement Abang buat aku semakin rasa teruk. 
Kenapa aku yang engkau pilih sebagai mangsa ? Kenapa aku ?
Sememangnya aku tak pernah salahkan engkau kerana tidak memilih aku. Cuma aku masih tidak dapat terima kenapa engkau memilih untuk muncul dalam hidup aku, dalam hati aku.
Kalau engkau tidak mulakan, sudah pasti aku tidak akan berani meletakkan harapan yang setinggi Kinabalu.
Dan engkau pun tidak akan menjadi sebahagian dari hidup aku. 
Aku benci apabila terpaksa mengaku yang engkau salah satu dari sejarah aku. Aku tak mahu menganggap engkau sebagai sesiapa kerana PENIPUAN engkau terlalu besar bagi aku. 
Sukar dan teramat sukar untuk aku melupakan serta memaafkan engkau.
Engkau dan penipuan engkau. Seandainya engkau tahu, bagaimana gembiranya aku ketika engkau mula mula muncul. 
Dan seandainya engkau tahu, bagaimana luluh hati aku saat kau pergi tanpa sepatah kata. 
Walaupun akhirnya engkau memberi alasan yang amat rapuh.
Dan seandainya engkau tahu, bagaimana kecewanya hati aku sebagai seorang perempuan setelah mengetahui yang aku telah silap menyayangi seorang Adam yang tidak pernah menganggap aku sebagai seseorang dalam hidupnya.
Kekecewaan yang teramat apabila aku sedar bahawa aku hanyalah seakan mainan ketika kau ingin bermain dengan hidup dan perasaan. 
Perempuan itu lebih bermakna dan aku sangat faham mengapa. Tetapi kenapa engkau datang sedangkan engkau masih lagi bersama dia ?
Aku pun punya hati dan perasaan. Walau aku tak secantik yang lain, aku ikhlas memberi sedikit ruang dalam hati aku untuk menerima engkau setelah sekian lama aku berhenti mendekati hati seorang Adam. 
Alangkah sedihnya aku, apabila kepercayaan dan harapan aku dibalas dengan penipuan sebegini.
Aku tidak menulis untuk meminta simpati, sekadar untuk meluahkan dan berharap ada yang sudi memahami.


Aku membenci diri aku kerana masih tidak dapat membenci engkau.






Sunday, May 15, 2011

Seandainya ...

Apa maknanya setitis AIR MATA ?

Memang aku cepat menangis.
Benda kecil sahaja, air mata mula nak bergenang.
Apatah lagi hal hal besar kan ?
Tapi aku kecewa, manusia sering memperlekehkan air mata seseorang.
Bukan semua, tapi segelintir.
Kalaulah semua boleh faham, air mata itu mengalir bukan ikut kehendak semata mata. Tapi kerana perasaan.
Soal perasaan, tidak boleh dipaksa paksa.
Tapi kenapa, lelaki suka mempertikaikan sebab perempuan menangis.
Dan kenapa, lelaki tidak sedar apabila mereka yang jadi punca dan penyebabnya ?
Setiap titis air mata yang mengalir punya harga dan makna.
Cubalah sejenak mengerti, Wahai Adam.

Dan Sebenarnya -Yuna

''Adakah perasaan benci ini sebenarnya Cinta ?''

MAAF ?

Maaf hanya satu perkataan.
Tetapi besar maknanya.
Namun, sekarang makin susah nak bezakan sama ada maaf tersebut ikhlas atau tidak.
Paling sedih, apabila kita sengaja buat salah pada seseorang dengan alasan, lain kali boleh minta maaf.
Apa ertinya maaf kalau sedemikian rupa ?
Tetapi aku percaya, selagi hati tidak buta, Hati yang dapat membezakan yang mana maaf secara ikhlas dan yang mana tidak.

Dan kepada engkau, aku minta maaf.
Kerana aku masih belum dapat memujuk diri dan hati untuk memaafkan engkau.
Aku manusia biasa yang penuh dengan kelemahan.
Maafkan aku.



SIRIH DAN PINANG

Balik rumah Abah luangkan masa sama-sama.
Tarikh ini dipilih sebab Mak Usu pun nak bertunang. Dah pun selamat bertunang.
Sibuk menghias-hias hantaran, nampak sirih pinang kapur dan sebagainya.
Teringin nak makan. Aku dan Abanglong makan malam tu jugak. Punyalah semangat.
Opah tiba-tiba cakap, "Makan yang esok punya. Dari hantaran pihak lelaki." (tapi slang Perok yop)
Aku tanya kenapa ? Kenapa ?
OH ! Haha rupanya perihal orang orang tua.
Siapa makan yang hantaran lelaki itu, selepas ini giliran dia pulak bertunang. Kelakarnya !
Aku cakap kelakar, tapi aku tak makan. Takut bertunang awal.
HAHA ! Ish syirik semua ini. Orang orang tua punya kepercayaan sahaja.
Aku tanya, wajib ke hantaran kena ada sirih dan pinang. Lagi satu, gula dan garam.
Yang pakar tu semua kata wajib. Tapi kenapa ye ? Oh lupa. Adat.
Orang memang selalu ikut kan.
Apa yang aku tahu, nak buat kenduri kendara semua ini, memang penat. Rasa macam taknak pulak kahwin.
Ececehh. Sangat konon statement ni -.-

Selamat Bertunang, Mok Su (:

SATU PERMULAAN

Assalamualaikum, aku mulakan.
Blog lama sudah aku hapuskan.
Kerana ia tidak kena dengan citarasa. Mungkin aku patut cuba untuk mengekspresi coretan harian dengan sesuatu yang baru.
Aku manusia biasa. Sama seperti engkau. Ciptaan Allah Yang Maha Esa.
Cuma fizikal dan pemikiran kita berbeza.
Aku memilih untuk menulis semula kerana terkadang aku sangat sunyi apabila tidak tahu pada siapa harus diluahkan.
Tetapi ini bukanlha luahan perasaan. Hanya perkongsian cerita dari seorang yang mungkin membosankan.

Mungkin aku boleh cerita siapa aku dalam dunia.
Aku lebih suka orang orang memanggilku Shada atau Shuhada berbanding Shud atau Shu.
April bulan kelahiran, 29 hari terpilih, 1992 tahun bersejarah.
Seorang pelajar yang menghabiskan masa dengan buku dan dunia siber seperti pelajar pelajar yang lain.
Hiburan ? Itulah hiburan.
Keluarga semestinya sentiasa yang Pertama manakala Rakan-Rakan pelengkap kehidupan.
Tiada hari yang tiada dengan kasih. Kerana aku seorang manusia berperasaan.
Sensitif mungkin merupakan kekuranganku. Namun sesungguhnya perasaanku tidak boleh ditahan-tahan.
Perasaan sesuatu yang semulajadi bagiku. Tidak secebis pun mampu dibuat-buat.
Amat pantang, paling pantang jika ada yang bermain dengan perasaan.
Aku tidak meminta untuk orang menghormati perasaanku. Cukuplah sekadar tidak memperlekehkannya.

Intro tidak perlu selebar ini. Akan aku sambung di post yang lain.
Terima kasih pada yang sudi menyinggah. Bye Assalamualaikum. (: