Friday, November 11, 2011

BENCI membuak, makin

Hati yang penuh kebencian ini, katanya hati yang hitam.
Namun tidak dapat dielak.
Aku terlalu membenci dua manusia ini.
Makin membenci.
Dari hari ke hari.
Hendak aku buang, tapi tidak aku mampu.
Hendak aku lupakan bagai tidak pernah aku lalui, tapi aku tidak kuat.
Kerana aku juga hina. Hina seperti insan hina yang lain.
Penghinaan kalian, tidak mudah dilenyapkan oleh akal.
Aku tetap dengan pendirian.
Terus membenci.
Kalian berdua tahu kenapa. Usah ditanya apabila sudah tahu jawapannya.

Jangan paksa aku untuk berhenti.