Friday, April 20, 2012

BILA RASAKU INI RASAMU

Aku memang terlanjur mencintaimu
Dan tak pernahku sesali itu
Seluruh jiwa telahku serahkan
Menggenggam janji setiaku

Ku mohon jangan jadikan semua ini
Alasan kau menyakitiku
Meskipun cintamu tak hanya untukku
Tapi cubalah sejenak mengerti

Bila rasaku ini rasamu
Sanggupkah engkau menahan sakitnya
Terkhianati cinta yang kau jaga

Cuba bayangkan kembali
Betapa hancurnya hati ini Kasih
Semua telah terjadi.

Sedang aku ikhlas memberi, dia tidak ikhlas menerima.

Tatkala aku kesedihan, terasa terlalu sunyi dan tiada siapa dapat ku luahkan segala isi hati, hanya di sinilah pilihanku. untuk aku mengadu segala kesedihanku. Sekali lagi aku tidak dapat menahan diri aku dari berasa sedih kerana sesuatu yang dikatakan cinta. Maafkan aku, kaum Hawa. Aku tahu ramai yang membenci jika kita terlalu lemah dan menangis kerana lelaki. Namun, cubalah mengerti bahawa aku terlalu dalam kesedihan dan aku tidak mampu menipu hati aku ini dengan mengatakan kononnya aku kuat untuk semua ini. Hati mana yang tidak berasa sedih. Sesungguhnya aku juga manusia biasa yang punya hati. Punya perasaan. Aku terlalu sukar untuk menerima dugaan seperti ini. Kenapa engkau harus pergi ? Jika engkau kata cinta, semuanya pasti boleh diperbaiki. Tetapi engkau tidak mencuba. Aku rasa engkau belum cukup matang untuk merasakan yang sebeanrnya cinta. Mungkin kerana itu, mudah untuk engkau membuat keputusan. Keputusan yang mana aku sama sekali tidak boleh untuk menghalang, apatah lagi menyangkalnya. Kerana pada aku , jika engkau benar cinta, engkau tidak akan pergi. Kerana aku percaya, Cinta sememangnya harus memiliki. Untuk itu, aku tidak berkuasa untuk memaksa engkau setia jika hati engkau sebenarnya sudah tidak ada langsung untuk aku. Apa guna memaksa ? Paksaan aku itu tidak akan memberikan aku cinta engkau, jika engkau tidak mahu memberinya. Dan aku tahu, tiada bahagia jika hanya aku yang mahu, sedangkan engkau tidak. Aku terlalu sedih. Aku terlalu kecewa. Sedih dan kecewa dengan diriku sendiri yang sekali lagi tertipu kerana lelaki. Bodohnya aku dalam menilai cinta engkau. Cinta engkau yang sebenarnya tiada sama sekali. Aku terlalu sedih sehingga aku tidak larat untuk berdiri, apatah lagi berjalan. Sedangkan makan pun tiada seleranya. Aku tahu, semua ini perlu masa. Jadi, aku cuma perlu masa untuk aku biasa dengannya. Untuk aku sedar bahawa aku tidak boleh lagi berharap pada engkau. Aku tidak boleh berharap yang engkau akan sentiasa di sisi apabila aku dalam keadaan yang sangat memerlukan. Aku terlalu biasa dengan kehilangan. Namun aku masih tidak dapat menerima kenyataan apabila ianya berlaku lagi. Kerana aku tertanya tanya, sampai bila aku harus mencari dan mencari dan akhirnya kehilangan jua ? Paling menyedihkan, apabila aku memikirkan yang sampainya hati engkau untuk pergi meninggalkan aku. Sedang engkau tahu , aku sentiasa memerlukan engkau. Kenapalah aku terlalu bodoh untuk mempercayai janji janji engkau yang sememangnya hanya tinggal janji. Aku tidak pantas memaksa engkau, kerana aku mahukan yang ikhlas. Tetapi cinta yang ikhlas dari engkau, tidak mungkin akan aku peroleh. Dan itulah, yang amat menyedihkan. Aku tidak pernah meminta kehadiran engkau dalam hidup aku. Namun ini semua takdir. Tiada siapa yang dapat melawan takdir.

Untuk aku mengajar diriku melupakan engkau, aku turut harus mengajar diriku membenci dirimu. Hanya itu jalannya. Dan akan aku cuba. Cuba membenci. Walau dengan terpaksa menipu diriku sendiri.