Sunday, August 28, 2011

EMOSI

Menangis.

Itu saja yang aku mampu.

Tatkala semua sedang bergembira.

Aku menagis dalam senyum.

Kau hanya mendengar suara.

Namun tidak melihat reaksi wajahku.

Aku cuba memberi yang terbaik pada soalan soalanmu.

Agar engkau merasa lebih baik, lebih yakin.

Kerana aku tidak mahu engkau bersedih.

Biarlah aku sahaja yang bersedih sendirian.

Aku tidak perlu menyatakan isi hati ini.

Kerana semuanya mustahil.

Bukannya aku bersikap pesimis.

Tetapi yang sudah nyata, tetaplah nyata.

Merosakkan kebahagiaan yang lain adalah sesuatu yang keji.

Pasti aku elakkan.

Ada hikmah di sebaliknya.

Mungkin.


Hanya berserah.




Sunday, August 21, 2011

UMPAMA MIMPI DI DALAM MIMPI

TERIMA KASIH  JUVANIANS. 
Terima kasih sebab semua datang :')
Semua mesra.
Semua kelakar.
Semua baik.
Semua , semualah :D
Terima kasih sebab dapat bergambar (:

Bahagia sangat akhirnya dapat jumpa Mr. Shukri Yahaya.
Sebelum ini, ada satu entri yang aku tulis, aku mahu sangat jumpa dia.
Akhirnya, dapat juga. :') :') :')
Dan dia agaak pemalu, soft-spoken, dan  sungguh macho!



Satu gambar sahajalah di sini, okay ?

If we ever meet again <3.

Friday, August 19, 2011

Cuba Teka ?

Esok kan

Saya kan

Nak kan

Shopping kan! (Y)

Lepas tu kan

Paling best kan

Nak kan

Buka puasa kan

Dengan kan

..........................

Juvanians! :DD

Tak sabarnyalah kan.

Yang  sangat teruja!

Tuesday, August 2, 2011

Aku Semakin Lemah

Cinta aku
Hati aku
Lebam dan pecah semuanya semata-mata
Apabila kau dan aku berjauhan , aku bagaikan mati di dalam
Dan bilik ini adalah seperti medan perang cinta malam ini
Aku tahu aku perlu menjadi lebih kuat tetapi aku hilang kawalan semua
Berjuang dengan diri aku sendiri
Cuba sembunyikan apa apa yang engkau tidak tahu
Tetapi aku semakin lemah
Aku memberikan semua
Aku tahu ia tidak bijak meninggalkan diri aku begitu terbuka tetapi
Semua kaedah-kaedah dipecahkan di mata engkau
Aku membiarkan semuanya terpulang kepada engkau.
Dan segala sesuatu yang telah menjaga aku bersama-sama
Membawa aku kepada lututku
Aku semakin lemah.

Mudah jawapan yang kau berikan sebentar tadi.
Mungkin kau tidak tahu aku tersentak sejenak.
Memikirkan betapa aku kehilangan lagi. Kecewa lagi.
Kau berkongsi kisah engkau, tetapi kisah yang aku tidak sanggup untuk mendengar.
Kau salah erti perasaanku
Begitu juga aku yang jauh menyimpang mentafsirkan perasaan kau.
Aku fikir panggilan itu mampu menceriakan
Malah ia lebih mematahkan lagi melemahkan
Moga hari esok aku dapat bangun dengan lebih tabah.

I Get  Weak