Monday, May 16, 2011

Sebuah PENIPUAN

Aku kembali teringat akan engkau.
Engkau dan penipuan. Bila ingat engkau, nampak muka engkau, mesti penipuan benda pertama yang aku ingat.
Abang cakap, kesian aku, bukan perempuan itu.
Kesian aku ? Statement Abang buat aku semakin rasa teruk. 
Kenapa aku yang engkau pilih sebagai mangsa ? Kenapa aku ?
Sememangnya aku tak pernah salahkan engkau kerana tidak memilih aku. Cuma aku masih tidak dapat terima kenapa engkau memilih untuk muncul dalam hidup aku, dalam hati aku.
Kalau engkau tidak mulakan, sudah pasti aku tidak akan berani meletakkan harapan yang setinggi Kinabalu.
Dan engkau pun tidak akan menjadi sebahagian dari hidup aku. 
Aku benci apabila terpaksa mengaku yang engkau salah satu dari sejarah aku. Aku tak mahu menganggap engkau sebagai sesiapa kerana PENIPUAN engkau terlalu besar bagi aku. 
Sukar dan teramat sukar untuk aku melupakan serta memaafkan engkau.
Engkau dan penipuan engkau. Seandainya engkau tahu, bagaimana gembiranya aku ketika engkau mula mula muncul. 
Dan seandainya engkau tahu, bagaimana luluh hati aku saat kau pergi tanpa sepatah kata. 
Walaupun akhirnya engkau memberi alasan yang amat rapuh.
Dan seandainya engkau tahu, bagaimana kecewanya hati aku sebagai seorang perempuan setelah mengetahui yang aku telah silap menyayangi seorang Adam yang tidak pernah menganggap aku sebagai seseorang dalam hidupnya.
Kekecewaan yang teramat apabila aku sedar bahawa aku hanyalah seakan mainan ketika kau ingin bermain dengan hidup dan perasaan. 
Perempuan itu lebih bermakna dan aku sangat faham mengapa. Tetapi kenapa engkau datang sedangkan engkau masih lagi bersama dia ?
Aku pun punya hati dan perasaan. Walau aku tak secantik yang lain, aku ikhlas memberi sedikit ruang dalam hati aku untuk menerima engkau setelah sekian lama aku berhenti mendekati hati seorang Adam. 
Alangkah sedihnya aku, apabila kepercayaan dan harapan aku dibalas dengan penipuan sebegini.
Aku tidak menulis untuk meminta simpati, sekadar untuk meluahkan dan berharap ada yang sudi memahami.


Aku membenci diri aku kerana masih tidak dapat membenci engkau.






No comments:

Post a Comment