Sunday, August 28, 2011

EMOSI

Menangis.

Itu saja yang aku mampu.

Tatkala semua sedang bergembira.

Aku menagis dalam senyum.

Kau hanya mendengar suara.

Namun tidak melihat reaksi wajahku.

Aku cuba memberi yang terbaik pada soalan soalanmu.

Agar engkau merasa lebih baik, lebih yakin.

Kerana aku tidak mahu engkau bersedih.

Biarlah aku sahaja yang bersedih sendirian.

Aku tidak perlu menyatakan isi hati ini.

Kerana semuanya mustahil.

Bukannya aku bersikap pesimis.

Tetapi yang sudah nyata, tetaplah nyata.

Merosakkan kebahagiaan yang lain adalah sesuatu yang keji.

Pasti aku elakkan.

Ada hikmah di sebaliknya.

Mungkin.


Hanya berserah.




No comments:

Post a Comment