Saturday, July 9, 2011

Cerita CINTA

Aku tak mahu jatuh cinta lagi.
Aku tak mahu tersilap lagi.
Aku tak mahu ditipu lagi.
Aku tak mahu khilaf menilai.
Aku tak mahu alpa dengan kesenangan sementara.
Aku harus berhati-hati. Lebih berhati-hati.
Kerana banyak janji hanyalah kata-kata mimpi.
Dan mimpi bukanlah realiti.
Hakikatnya realiti tidak seindah mimpi.
Namun, hati ni tetap terbuka sedikit ruang untuk mencintai dan dicintai.
Kerana manusia seperti aku ingin disayangi.
Cuma, aku tidak lagi berani untuk mencuba dan mengekspresi.
Lalu aku putuskan untuk biarkan sahaja perasaan ini terbuku di kalbuku ini.

Hanya dengan cara ini
Aku mampu dapat mendekati si dia
Kerana sesungguhnya aku tidak mahu kehilangan. Sukar untuk aku mengatasi kehilangan.
Dan dengan cara sebegini juga, aku mengelakkan hatiku dari terluka sekali lagi.

Sungguh, aku mencintaimu.

No comments:

Post a Comment